Recent twitter entries...

Siapa Sayyidina Umar Ibni Abdul Aziz???

Sayyidina Umar Ibni Abdul Aziz ialah khalifah pada tahun 99-102 H. beliau telah diangkat sebagai gabenor d salah sebuah jajahan empayar Islam sewaktu umurnya masih muda dalam lingkungan awal 30-an..
tetapi, malangnya apabila dilaporkan oleh gabenor lain bahawa beliau itu tidak jujur dan makan rasuah. khalifah yang kurang siasat itu telah memecat beliau kerana dikatakan menabur fitnah. ia terima hukuman itu dan menjadi rakyat biasa sahaja. walaupun demikian, beliau tidak berbuat apa-apa kecuali menjalankan hidup seperti rakyat biasa sahaja.
dengan kuasa Allah, apabila khalifah yang sudah berumur jatuh sakit dan jelas akan meninggal dunia tidak lama lagi, beliau telah cuba melantik salah seorang anaknya untuk menggantikannya. namun, ia tidak berjaya semata-mata kerana anak-anaknya masih belasan tahun.
oleh yang demikian, khalifah ini telah meminta nasihat daripada Ketua Pentadbir (Perdana Menteri) dan hanya Sayyidina Umar Ibni Abdul Aziz yang dicadangkan semata-mata kerana integritinya yang gemilang. khalifah tua itu bersetuju dengan cadangan Perdana Menterinya.
kerana mempercayai Perdana Menterinya, Sayyidina Umar pun dicalonkan dan dilantik apabila khalifah tua ini meninggal dunia. pada hari khalifah tua ini dikebumikan, Sayyidina Umar telah menghantar jenazah ke kubur.
semasa ia hendak balik dari kubur, datang seorang membawa sebuah kereta kuda baru yang ditarik oleh dua ekor kuda yang belum pernah ditunggangi oleh orang lain.
Sayyidina Umar enggan menunggangi kereta kuda baru itu. sebaliknya, ia bertanya, siapakah gerangan orang yang membawa kereta kuda itu, mengapakah kereta kuda disediakan untuknya dan sebagainya.
lalu dijawab bahawa beliau adalah salah seorang pekerja istana khalifah tua yang telah diarahkan untuk membawa khalifah baru balik dengan menunggangi kereta kuda baru.
ini juga merupakan cara menghormati khalifah baru. mereka berhak mendapat kereta kuda baru yang ditarik oleh dua ekor kuda yang belum ditunggangi manusia lain.
Sayyidina Umar bertanya lagi, "dari manakah kamu mengambil wang untuk membeli kereta dan kuda-kuda ini?" jawabnya, "dari Baitul Mal". terus ia perintahkan supaya orang itu menjualkan kereta kuda dan kudanya sekali dan pulangkan wang itu ke Baitul Mal. "kuda yang saya tunggangi ini memadai untuk saya. tidak payahlah kita gunakan wang Baitul Mal untuk saya".
apabila ia sampai ke pekan, keluarga khalifah tua masih lagi berada di rumah rasmi khalifah. keluarga khalifah tua diperintahkan keluar serta merta oleh pegawainya, untuk membolehkan khalifah baru berpindah.
apabila Sayyidina Umar mengetahui hal ini, ia terus menyuruh keluarga khalifah tua tinggal terus menyuruh keluarga khalifah tua tinggal terus di rumah rasmi sehingga dapat rumah yang sesuai. beliau sendiri mendirikan khemah sementara sehinggalah keluarga khalifah tua itu berpindah.
antara perkara yang dilakukan selepas itu ialah mengambil balik tanah yang telah dikurniakan kepada pegawai tinggi kerajaan kerana katanya mereka tidak layak menerimanya semata-mata kerana mereka rapat dan baik kepada khalifah. beliau sendiri memulangkan kepada kerajaan semua tanah kurniaan yang telah diterima semasa menjadi gabenor dahulu.
kedua, beliau telah memecat pegawai tinggi yang makan rasuah, tidak berkesan, tidak layak, sehingga ramai antara mereka cuba memberontak kerana tindakan beliau yang sangat tegas itu.
beliau sentiasa memberi masa kepada sesiapa sahaja yang ingin berjumpa beliau untuk mengemukakan masalah. beliau telah memerintah atas dasar keadilan, ihsan, jujur dan benar.
sebagai contoh, seorang pegawainya telah datang mengadu, "wahai khalifah, saya dapati ada suatu kumpulan orang yang sedang mengadakan majlis meminum minuman keras". beliau menjawab, "pukul setiap orang 80 rotan". pegawai itu menambah, "ada seorang antara mereka yang tidak minum kerana ia sedang berpuasa". beliau menjawab, "mulakan dengan yang berpuasa itu. tidakkah kamu ingat tentang ayat al-Quran yang bermaksud 'orang yang memperolok-olokkan ayat Allah, dialah yang lebih besar dosanya'".
beliau tidak pula ingin membuang masa, khususnya di waktu malam, kerana itu adalah masanya untuk beribadat kepada Allah SWT. semasa beliau mengambil tampuk kerajaan, negara dalam keadaan porak-peranda, yang kaya semakin kaya, yang miskin makin menderita. ekonomi negara juga dalam keadaan yang genting kerana wang di Baitul Mal tidak mencukupi untuk pentadbiran negara.
tetapi, semasa beliau memerintah selama tidak lebih dari dua tahun setengah sahaja, beliau telah mampu memulihkan semula negara sehingga tidak ada orang miskin yang mahu menerima wang zakat, tidak ada pencuri, penyamun atau perompak, bahkan negara dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi negara juga makin maju dan tidak ada seorang pun di dalam penjara.
sewaktu ia sakit tenat, para pegawai tingginya melawatnya dan melihat beliau memanggil anak-anaknya seramai 10 orang dan menasihatkan mereka supaya ta'at kepada Allah dan ibunya. setiap orang pegawai itu berasa amat sedih kerana melihat anaknya yang sulung baru berumur kira-kira 15 tahun. mereka menasihatkan supaya ia mengambil wang dari Baitul Mal untuk diberi kepada anak-anaknya yang belum ada mata pencarian ketika itu, tetapi ia enggan.
beberapa lama selepas beliau meninggal dunia, 2 dari 10 orang anaknya telah mendermakan 100 ekor unta seorang kepada kerajaan yang sedang bersedia untuk menghadapi peperangan.

Comments (0)