Recent twitter entries...

PaKaiaN WaNiTa DaRi SuDuT PaNDaNGaN MaTa LeLaKi

ambil iktibarnya

Allah telah menjadikan manusia ini
berpasang-pasangan. Malam pasangannya
siang, jaga pasangannya tidur, rajin
pasangannya malas dan lelaki
pasangannya perempuan. Kerana
perempuan adalah pasangan kepada
lelaki, maka Allah telah menciptakan
bentuk badan wanita itu dapat memikat
hati lelaki. Bila berkata tentang
terpikat, maka ia ada hubung kait
dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait
dengan nafsu, ianya ada hubungan pula
dengan bisikan syaitan. Jadi untuk
mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman. Untuk mendapatkan iman
mesti menurut perintah Allah dan
RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah
simbol. Simbol apa, ana rasa semua
orang tahu. Orang lelaki mempunyai
imaginasi yang nakal jika tidak
dikawal dengan iman. Maka mata lelaki
ini selalu menjalar apabila terlihat
seorang perempuan. Setiap bentuk badan
seorang perempuan boleh dihayati oleh
seorang lelaki dengan berbagai-bagai
tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang
lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita
berkenaan. Maka akan ditafsirlah
berbagai2 cara oleh seorang lelaki
akan rambut wanita berkenaan. Oleh
kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah
ditutup, maka mata lelaki itu akan
turun ke bawah melihat bentuk
lehernya, maka wajiblah wanita itu
menutup lehernya. Maka mata lelaki itu
akan turun lagi melihat bentuk payu
daranya, maka wanita itu
berkewajipanlah menutup bentuk payu
daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun
lagi melihat bentuk ramping
pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian
supaya tidak ternampak bentuk
pinggangnya, maka mata lelaki itu akan
melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan
pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan, dan lelaki itu akan pula
melihat bentuk pehanya, maka janganlah
sesekali wanita itu memakai kain yang
agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit, maka akan
dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula, maka janganlah
wanita itu berseluar, kerana terus-
terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju
labuh, jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit, nafsu kami
lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak
ternampak akan bentuk kakinya, maka
akan dilihatlah pula akan mata lelaki
itu kepada kakinya, maka wajiblah
wanita itu untuk menolong lelaki itu
tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokin
yg warnanya jangan sesekali berwarna
kulit perempuan, maka mata lelaki ini
akan kembali ke atas, akan melihat
pula bentuk tangan wanita itu, maka,
tolonglah wahai muslimah, agar
melabuhkan tudung menutupi bentuk
tangannya yang indah pada pandangan
lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah
pula kamu melihat mukanya, kerana ia
akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut
mukanya yang cantik akan menimbulkan
fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika
itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi
jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu
akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau
terang jika ianya berada pada
perempuan. Maka oleh itu wahai
perempuan, tolonglah jangan memakai
pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat. Jika hendak pakai pun,
pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua
ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan, jika semua aurat
telah ditutup, jangan anggap tugas
kita telah selesai, perlulah pula kita
menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2, keluarlah
dengan mahram, atau keluarlah
sekurang2nya 3 wanita agar tidak
diganggu gangguan luar, mata lelaki
pula janganlah menjalar langsung
kepada muslimah, walau muslimah itu
telah menutup aurat, insyaAllah
selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat
celanya, sehingga ketaraf seseorang
yang memakai tudung masih beliau tidak
menutup aurat, dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuktidak
mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin
muslimat.

Comments (0)