Recent twitter entries...

H1N1

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

ya Allah...
sesungguhnya setiap perkara yang engkau jadikan itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri...
begitu juga dengan ujian penyakit...
ianya adalah untuk menghapuskan dosa2 kecil yang pernah kita lakukan...
ianya juga untuk menguji keimanan dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian yang diberikanNya...
ianya juga merupakan antara tanda2 kasih dan sayangnya Allah kepada kita...

pernah suatu ketika dulu seisi penduduk dunia bimbang akan wabak penyakit SARS yang begitu bahaya kepada manusia dan juga haiwan...
wabak ini telah mengorbankan beribu2 hidupan sehingga boleh dikatakan semua negara terlibat dengan ancaman wabak ini...

beberapa ketika selepas wabak SARS, muncul pula wabak birdflu atau dalam BM nye dipanggil selsema burung...
wabak ini juga tidak kurang bahayanya dengan SARS...
perkara yang sama berlaku...
dunia ini ibarat sudah tidak selamat untuk didiami...
masing2 berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada dijangkiti wabak ini...
boleh dikatakan semua orang tidak makan ayam or burung kerana bimbang dijangkiti penyakit ini...

kini, satu dunia dihebohkan dengan wabak terbaru iaitu Influenza A h1n1 atau sebelumnya dipanggil selsema babi...
influenza ini telah mengorbankan lebih seribu penduduk dunia dan di Malaysia sudah mempunyai hampir 10 kes kematian kerana wabak misteri ini...
most people berwaspada dengan penyakit ini termasuk pihak berkuasa yang telah melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah penularan penyakit ini...
media elektronik juga memainkan peranan mereka untuk mengiklankan tentang wabak ini serta simpton2 h1n1, cara mengelak daripada dijangkiti dan pelbagai lagi...
semua ini adalah usaha2 yang sedang giat dijalankan agar semua masyarakat sentiasa ingat dan sedar akan bahaya penyakit ini...
selain itu, semua orang yang ingin menunaikan haji dan umrah akan disuntik vaksin yang dapat menghalang wabak ini untuk tempoh tertentu...
tetapi,,,vaksin itu pun hanya didapati dalam kuantiti yang sedikit dan digunakan kepada mereka yang betul2 memerlukan sahaja...


pernahkah anda terfikir kenapa Allah turunkan penyakit ini kepada kita???
adakah kerana saja2???
ingatlah bahawa Allah tidak pernah menjadikan sesuatu hanya untuk saja2 melainkan ada sebabnya yang tersendiri dan juga untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua...
adakah ini balasan daripada Allah untuk penghuni dunia akhir zaman???
menurut sumber yang dipercayai,,,
antara tanda2 Allah murka kepada hambaNya adalah dengan menurunkan penyakit atau bencana kepada mereka...
adakah ini adalah tanda2 hari Qiamat makin hampir dengan kita???
maybe esok (hari ni hari khamis) atau jumaat minggu depan atau jumaat akan datang???
dalam Al-Quran ada menyebutkan tentang tanda2 Hari Perhitungan...
antaranya ialah banyak berlaku bencana di atas muka bumi ini seperti Tsunami, tornado, gempa bumi, dan macam2 lagi...
wabak penyakit juga merupakan antara bancana tersebut...

apakah jawapan yang paling tepat dengan persoalan ini???
semuanya ada dalam fikiran anda...
fikir2kanlah wahai sahabat2ku sekalian...

wassalam...

semoga setiap dosa yang dilakukan diampunkan Allah...
semoga mangsa h1n1 yang masih hidup tenang menghadapi dugaan ini dan menjadikannya sebagai salah satu platform untuk mendekatkan diri dengan Yang Maha Kuasa...
semoga roh mereka sentiasa dalam keadaan yang aman damai...
semoga Allah menjauhkan kita semua daripada wabak ini...
semoga kita mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku...
semoga aku sendiri tidak tergolong dalam golongan2 yang alpa kepadaNya...
semoga Allah merahmati kita semua...

Comments (0)