PentinG SebeluM TemudugA
perlu bersabar, cekal dan jadikan diri sebagai seorang yang profesional. perlu juga untuk terapkan keperibadian yang positif dan jangan jadikan ketidaksempurnaan fizikal sebagai alasan yang boleh menggagalkan proses temuduga.
* semoga sukses dengan temuduga yang anda hadiri...apa yang penting, yakin dengan Allah.
- kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan dengan kehendak majikan
- selidik profile syarikat
- persediaan tentang soalan yang kemungkinan akan ditanya berhubung dengan jawatan yang dipohon
- latihtubi soalan tersebut dengan jawapan yang tepat dan munasabah
- JANGAN berlatih menghafal segala soalan yang disediakan dalam buku bulat2
- datang awal ke tempat yang ditetapkan bagi mengelakkan kelam kabut
- pastikan membawa pelbagai dokumen penting seperti sijil, surat temuduga dan dokumen lain yang penting untuk menyokong tawaran kerja anda
- berpakaian kemas kerana menggambarkan imej peribadi anda
- ketika masuk, berilah salam atau ucapan salamat pagi atau petang. duduk setelah dipersilakan dan duduk dengan sopan
- jawab setiap pertanyaan dengan lancar dan yakin. jangan tergagap-gagap
- boleh bertanya " sekiranya saya diterima bekerja, apa skop tugas saya dan faedah yang boleh saya perolehi"
- JANGAN sesekali bertanya berkaitan dengan gaji dan bonus
- di akhir temuduga, ucapkanlah terima kasih dan minta izin keluar
- penguasaan bahasa kedua
- perkara yang terbaik pernah dilakukan atau dicapai
- kemahiran2 teknikal yang ada pada calon
- bentuk personaliti yang perlu ada ( imej yang positif )
- pengetahuan am
- jangan terlalu berbangga2 dengan apa yang telah anda capai. cukup sekadar memberitahu sahaja
- jangan memandang rendah kepada penemuduga dan mengelak dari menjawab soalan penemuduga
- anda dinasihatkan supaya tidak menggunakan nama2 orang besar untuk menarik perhatian penemuduga kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya
- jangan sesekali memerli penemuduga dengan jawapan anda
perlu bersabar, cekal dan jadikan diri sebagai seorang yang profesional. perlu juga untuk terapkan keperibadian yang positif dan jangan jadikan ketidaksempurnaan fizikal sebagai alasan yang boleh menggagalkan proses temuduga.
* semoga sukses dengan temuduga yang anda hadiri...apa yang penting, yakin dengan Allah.

Comments (0)
Post a Comment