Recent twitter entries...

selamat bertemu kembali...

assalamu'alaikum wbt.
sudah sekian lama aku tak menulis apa2 di ruangan blog ini.
rasa mcm kekok sikit la nk menaip.
kehidupan sekarang nie agak berlainan dengan kehidupan sebelum ini.
sebelum aku sambung degree.
dulu, banyak masa dihabiskan dengan mende2 yg kurg berfaedah.
tapi sekarang, masa untuk itu sume sukar untuk dicari.
sekarang, aku yang mengejar masa,
bukan lagi masa yang mengejar aku.

hari2 berlalu dirasakan seperti aliran air yang terlalu deras.
sehingga tidak sempat untuk menghabiskan beberapa tugasan dalam masa sehari itu.
kalo dulu, zaman kanak2,
masa dirasakan amat lambat berlalu sehingga sempat untuk menyiapkan banyak tugasan dan juga beriadah pada waktu petang.

kenapa boleh jadi begini?
adakah kerana aku yang banyak membuang masa atau
masa sekarang nie da xmcm dulu?
pantas berlalu?

soalan ini pernah kuajukan kepada beberapa orang sahabat.
dan pelbagai jawapan yang aku terima.
dan yang menariknya,
ada yang mengatakan bahawa masa sekarang nie terlalu pantas.
kerana makin dekat dengan hari pembalasan.
boleh jadi betul kate2 dia tu.

bukan aku sorang je yg rase mcm nie.
boleh dikatakan semua org mempunyai perasaan yang sama terhadap masa.
banyak plan yang dirancang tergendala begitu saja dek masa yang terlalu mencemburui kita.

sekarang, taklifan ke atas diriku ini agak banyak.
tidak pernah aku merasa sebanyak ini tugasan aku yang aku lebih suka sifatkannya sebagai tanggungjawab.
tanggungjawab terhadap diri sendiri...
tanggungjawab kepada agama...
tanggungjawab terhadap keluarga...
tanggungjawab terhadap sahabat2...
tanggungjawab terhadap pensyarah2...
tanggungjawab terhadap kolej kediaman...
tanggungjawab terhadap universiti...
tanggungjawab terhadap bangsa...
tanggungjawab terhadap negara...

inilah sebahagian tanggungjawab yang aku kene pikul buat masa ini.
dan tanggungjawab inilah yang menjadi platform untuk aku menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.
dan juga persediaan sebelum ke gerbang perkahwinan dan mahligai suci.
pada ketika itu, tanggungjawab lebih besar dan berat.
menjadi seorang isteri, ibu, pendidik etc.

aku amat berharap agar Allah mengurniakan aku kekuatan untuk menggalas tanggungjawab ini.
sekian dulu untuk pertemuan kali ini.
Assalamu'alaikum wbt.

Comments (1)

org dah bg tau sekian, terima kasih.. kena jwb sama-sama.